<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, March 30, 2004

Peningkatan diri dan teman sejati... 

Sabtu dan Ahad lepas aku ke Kuala Lumpur menghadiri kursus peningkatan diri.Pelbagai perkara telah aku pelajari, tentang kekuatan, kelemahan, kawalan emosi, semangat berpasukan, ketahanan dan lain-lain. Aku mula merasa sesuatu perubahan dalam diri walaupun ianya tidaklah begitu ketara. Apa yang pasti aku mula menerima apa jua perubahan yang bakal aku hadapi di masa mendatang. Tiada istilah tidak dalam kamus hidup ini dalam menyahut cabaran.

Aku mensyukuri segala nikmat yang diberi dan sesungguhnya aku kini mula menilai diri sendiri yang aku sendiri kurang arif . Aku lebih konsisten dalam menerima apa jua keputusan walaupun ianya amat payah.

Aku berterimakasih kepada "R", manusia yang aku cari selama ini yang kukenal bukan hanya sebagai insan malah teman sejati yang hadir memberi sinar dan harapan baru dalam hidup aku. Bukan mudah untuk kita tersedar apatah lagi kita yang sering terlena dan hanya tersedar bila dikejutkan. Pada "R" aku akan menyayangi hubungan kita ini sampai bila-bila. Kau telah melakar satu sejarah yang bakal terpahat dalam diari hidup ini. Terimakasih, kau akan sentiasa dihati..kaulah teman sejati. Aku sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama dan kau takan bersendirian mengharungi hidup ini.


Teman Sejati

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini padamu illahi
Teman yang dicari
Selama ini telah ku temui

Dengannya disisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih illahi

Kepadamu Allah ku panjangkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pergertian
Telah ku ungkapkan segala-galanya

(ulangi *)

Teman bersamalah kita
Semaikan persahabatan ini
Dengarkanlah dan teruskanlah
Perjuanganmu, pengorbanan dan kesetiaanmu

(ulangi **)

Kepadamu Allah ku pohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman teruskan
Perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapkan segala-galanya
itulah tandanya kejujuran kita


Aku sentiasa mensyukuri nikmatNYA. Moga hidup ini diberkati. Dan berbahagialah kalian yang pernah hadir dalam hidup ini...walaupun seketika...walaupun sebagai musuh...kita tetap pernah berkongsi sesuatu.

P/S :Mohd Arif Fahmy balik ke Melaka hari ni. Selamat datang ke rumah Opah. Jangan nakal-nakal.

Friday, March 26, 2004

Akhirnya...doaku dimakbulkan  

Saat yang dinanti telah tiba...semalam aku dapat panggilan telefon dari kakak aku(no3), dia kata kakak aku (no1) pengsan kat Maybank, Semenyih, Kajang. Automatically aku and the whole family jadi risau, sebab my sister tu tunggu hari jer nak deliver. Pagi tu juga aku, mak aku, kakak aku (no3) & Athirah (anak buah aku) pergi ke Hospital Kajang, nasib baik ada kawan aku Dr.Shah kat sana jadi bolehlah dia monitor perkembangan kakak aku tu. Allhamdullilah , takde apa yang membimbangkan cuma doktor kata dia pengsan sebab blood pressure dia terlampau tinggi.Nasib baik dia pengsan kat public place kalau kat rumah dia aku pun tak tahu apa yang nak jadi.

Lebih kurang pukul 1 ptg, aku dapat berita paling menggembirakan, kakak aku selamat melahirkan anak lelaki...at last aku ada kawan yang sama jantina dalam family hehehe. Selepas arwah abah meninggal, dalam family aku hanya aku saja yang lelaki (beside my brother in law yang jarang balik) , so bila dapat anak buah lelaki rasa aku rasa macam ada la topik lelaki yang nak di kongsi nanti. Aku harap bila dia besar nanti dia boleh jadi teman baik aku seperti mana arwah abah dengan aku dulu. Nama anak buah aku tu tak diberi lagi. Tetapi sebelum ni aku ada cadangkan nama Afham Fahmy (yang memahami segala sesuatu). Tak tahu la mereka nak terima atau tidak. Tetapi yang paling penting majoriti wanita dalam keluarga aku semakin berkurangan hehehe. Selamat datang ke alam dunia Afham Fahmy....Athirah u ada baby boy sekarang.

Tuesday, March 23, 2004

Building Your Self-Esteem 

Six golden rules to building a happier you...




Is self-esteem a crucial ingredient for a happy, healthy long-term relationship? To answer simply, yes! For a more in-depth reason as to why, let's take look at what self-esteem actually means.

Self-esteem is a feeling of pride in yourself. It is feeling worthy of your own and another's respect. In a relationship, no other trait has more value concerning the way we perceive each other's actions. If your sense of self-esteem is off, you are more prone to see things incorrectly and judgmentally. If you're always worried that people will see you for the worthless thing you feel you are, then chances are your perspectives on situations will slant towards the negative.

People who are truly comfortable with themselves are naturally going to be comfortable with other people. It doesn't stop there. A healthy dose of self-esteem does more than just make you feel good. It makes you an actual, equal partner in a relationship. Therefore, if you've been grappling with issues of insecurity and self-doubt you will find the following six golden rules to a healthy self-esteem of immense value to you. Read through these ideals and discover ways you can integrate them into your life. They may be just the right amount of insight for you to finally find the happiness you deserve.

1: Only Make Commitments You Know You Can Meet
One only has to become burdened down with overwhelming, hopeless tasks to understand this principle fully. Do not agree to do more than you are capable of. Doing so just makes everything you attempt feel like a failure. Soon or later, those feelings are going to start making you doubt yourself. To correct this path of self-doubt, first finish everything you've started. Then, take a look at new projects you'd like to tackle…one-at-a-time. If taking on too much is a problem area for you, try using this system. Most people can expect to do two undertakings extremely well. When you start adding on a third, a fourth or even more, each activity or undertaking suffers to the degree you are overburdened. A perfect example of this is the person who is attending college and working full-time. If they choose to do extremely well in both of these endeavors, you will usually find their social, family or other life areas lacking.

2: Let Your Creativity Rule
The only way to know how well you do something is to actually do it. Creativity plays a large part in the level of self-esteem we each contain. If you allow your creativity to direct you to new experiences without invalidating it, you may discover a new and more resourceful you. Creativity also plays a practical role, in addition to its naturally whimsical nature. For instance, instead of focusing on the problems of your life, learn to trust your instincts and your creative attributes to find the perfect solutions. To fully develop this characteristic, take one creative idea a week and actually do it. It could be anything from a desire to learn a new hobby or to finding a simple way of doing an old task. Just make sure you do something!

3: Look At The Bright Side of Things
It is extremely difficult to find respect in others or ourselves if we continually focus on the negative things that are happening around us. No matter where we are, or what is going on around us there will always be unpleasantness in our world. Dwelling on it isn't going to make those things disappear. No one is asking for you to live your life with blinders on, but rather to realize that true living is actually living moment-to-moment. It shouldn't be spent focusing on how things may hurt us, or who's done what to us, or even why things have happened. The only occurrence you can hope to achieve by this is a life that has fallen short of your expectations. Instead, take time to notice one positive aspect about everything that happens in your life. If you can learn to trust in yourself fully, you will realize that circumstances enter your life for a reason. Maybe, you need to learn a valuable lesson or you are being steered away from something that would have been harmful for you. Don't underestimate the power of positive thinking.

4: Be Honest With Yourself And Others
The quickest way to losing your self-esteem is through dishonesty. How can you ever hope to feel confident in yourself if you are always worried about what someone may find out? Being dishonest, even holding back a truth, opens the door to nagging self-doubt and insecurities. Do yourself a huge favor and save a lot of needless worrying by just staying true to yourself and others.

5: Acknowledge Yourself
I feel a rather large and undeserved amount of time is spent on getting other people to acknowledge us. While a "Hey, you did great!" feels wonderful, we shouldn't get in the habit of expecting it from people. No one needs someone else to tell him or her that what they've done is valid or true. Deep down we all know if it is. Whatever you do, learn to feel confident and trusting about your own abilities, without the opinion of a third party.

6: Never Devalue Yourself
If you want people to learn to respect you and your wishes, you have to learn to respect yourself first. If you are being asked to do something, or you'd like to try something new, don't belittle yourself to the point of not attempting it. How do you know if you'll have talent in an area or not? Every time you think something negative about yourself, outweigh it with a more positive self-thought.



"Self-esteem isn't everything; it's just that there's nothing without it."

BN Menang Besar...Cemerlang, Gemilang, Terbilang 

Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru dengan mendapat kemenangan hebat dan berjaya menawan semula negeri Terengganu dan memberi saingan sengit di Kelantan.

Bagi kawasan pilihanraya di mana tempat saya mengundi kekalahan calon DAP dan Keadilan sememangnya dijangka kerana apa yang saya perhatikan parti pembangkang seakan hilang taring apabila majoriti peraih undi dan yang ahli-ahli parti yang bertugas pada hari mengundi rata-rata boleh dikatakan terdiri dari ahli-ahli Barisan Nasional. Ini jelas memperlihatkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh BN. Selain itu parti pembangkang sememangnya ketandusan isu untuk mengaburi mata rakyat.

Setelah puas menunggu sehingga jam 12.00 tengah malam hari ahad, bersama ahli dari parti Barisan Nasional untuk mendengar keputusan undian pilihanraya,saya dan rakan-rakn melonjak kegembiraan apabila parti kami menang dengan bergaya, ternyata perjuangan saya dan rakan-rakan dari UMNO dan BN ternyata berbaloi.

Keputusan pilihanraya di tempat saya mengundi
P137 - BUKIT KATIL
1. DATUK PROF DR MOHD RUDDIN (BN) 39491 MNG
2. KHALID JAAFAR (KEADILAN) 12239
Majoriti 27252

N13715 - BACHANG
1. DATUK CHUA PENG SONG (BN) 9901 MNG
2. GOH LEONG CHONG (DAP) 5897
Majoriti 4004

Keputusan kawasan di mana saudara dan teman saya bertanding
N13823 - TELOK MAS
1. DATUK WIRA AMID BIN NORDIN (BN) 7930 MNG (Teman abah)
2. ABDUL HALIM BIN RAMLI (PAS) 3364 KLH
Majoriti 4566

P136 - TANGGA BATU
1. SHAMSUL ISKANDAR '@ YUSRE BIN MOHD AKIN (KEADILAN) 8595
(Teman saya)
2. IDRIS BIN HARON (BN) 33039 MNG
Majoriti 24444

P063 - TAMBUN
1. KHAIRUDDIN BIN ABDUL MALIK (PAS) 14464 (Dua pupu saya)
2. AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZIAH (BN) 31824 MNG
Majoriti 17360


Keputusan kawasan-kawasan panas
Perlis
(Dun)
N00312 - TAMBUN TULANG
1. HARON BIN DIN (PAS) 2680
2. SHAHIDAN BIN KASSIM (BN) 4422 MNG
Majoriti 1742

Kedah
(Dun)
N01630 - BAYU
1. MOHD SALLEH BIN YAACOB (BN) 12354 MNG
2. TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB (PAS) 10568
Majoriti 1786

N01632 - KUALA KETIL
1. MD ZUKI BIN YUSOF (PAS) 8861
2. ABD AZIZ BIN SHEIKH FADZIR (BN) 9323 MNG
Majoriti 462

N01734 - LUNAS
1. CHUA TIAN CHANG (KEADILAN) 8979
2. GANESAN A/L SUBRAMANIAM (BN) 13218 MNG
Majoriti 4239

N00914 - ALOR MENGKUDU
1. FADZIL BIN HANAFI (BN) 9095 MNG
2. MOHAMAD BIN SABU (PAS) 6268
Majoriti 2827

N01016 - KUBANG ROTAN
1. SYED RAZAK BIN S ZAIN (BN) 14468 MNG
2. SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL (KEADILAN) 6527
Majoriti 7941

(Parlimen)
P008 - POKOK SENA
1. ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM (BN) 29740 MNG
2. MAHFUZ BIN OMAR (PAS) 22440
Majoriti 7300

P016 - BALING
1. TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB (PAS) 28075
2. MASHITAH BINTI IBRAHIM (BN) 32175 MNG
Majoriti 4229

Pulau Pinang
(Dun)
N04822 - TANJONG BUNGA
1. LIM CHENG HOE (DAP) 2761
2. KOH TSU KOON (BN) 8985 MNG
Majoriti 6224

(Parlimen)
P041 - KEPALA BATAS
1. ABDULLAH BIN HAJI AHMAD (BN) 25403 MNG
2. ABD KHALID BIN RASID (PAS) 7281
Majoriti 18122

P051 - BUKIT GELUGOR
1. KARPAL SINGH A/L RAM SINGH (DAP) 22529 MNG
2. LIM BOO CHANG (BN) 21268
Majoriti 1261

Perak
(Dun)
N05401 - PENGKALAN HULU
1. HIJAZ '@ JUNID BIN MAT GHODZALI (PAS) 1909 KLH
2. MOHAMAD TAJOL RUSLI BIN MOHD GHAZALI (BN) 6202 MNG
Majoriti 4293

(Parlimen)
P064 - IPOH TIMOR
1. LIM KIT SIANG (DAP) 28851 MNG
2. THONG FAH CHONG (BN) 19077
Majoriti 9774

P057 - PARIT BUNTAR
1. ABDUL HAMID BIN NGAH '@ HJ ZAINAL ABIDIN (BN) 19317 MNG
2. HASAN BIN MOHAMED ALI (PAS) 14619 KLH
Majoriti 4698

Selangor
(Dun)
N09303 - SUNGAI PANJANG
1. SALBINI BIN HJ ISMAIL (PAS) 4240
2. MOHAMAD KHIR BIN TOYO (BN) 9700 MNG
Majoriti 5460

(Parlimen)
P108 - SHAH ALAM
1. KHALID BIN ABD SAMAD (PAS) 19007
2. ABDUL AZIZ BIN SHAMSUDDIN (BN) 32417 MNG
Majoriti 13410

P094 - HULU SELANGOR
1. ISMAIL BIN KAMUS (PAS) 13324
2. PALANIVEL A/L GOVINDASAMY (BN) 27807 MNG
Majoriti 14483

Kuala Lumpur
P114 - KEPONG
1. MA WOEI CHYI (BN) 21428 KLH
2. DR TAN SENG GIAW (DAP) 23282 MNG
Majoriti 1854

P125 - PUTRAJAYA
1. TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (BN) 4086 MNG
2. ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN (KEADILAN) 540
Majoriti 3546

N.Sembilan
(Dun)
N13127 - RANTAU
1. BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN (KEADILAN) 1832
2. MOHAMAD BIN HAJI HASAN (BN) 8031 MNG
Majoriti 6199

P126 - JELEBU
1. RAIS YATIM (BN) 20650 MNG
2. ROSLI BIN YAAKOP (PAS) 5870
Majoriti 14780

P127 - JEMPOL
1. MOHD ISA BIN ABDUL SAMAD (BN) 26360 MNG
2. MOHAMAD FOZI BIN MD ZAIN (PAS) 9280
Majoriti 17080

Melaka
(Dun)
N13717 - BUKIT BARU
1. BAKRIN BIN SIDEK (PAS) 2266
2. DATUK SERI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM (BN) 8258 MNG
Majoriti 5992

Untuk mengetahui tentang keputusan penuh pilihanraya ke 11, dapatkannya menerusi akhbar-akhbar utama seluruh negara.

Friday, March 19, 2004

Hidup Takkan Indah 

kalau........

1) Hanya memberi tanpa menerima
2) Berfikiran negatif
3) Sering buruk sangka
4) Membiar nafsu menguasai fikiran
5) Tiada cabaran
6) Sentiasa mengharap
7) Membiar diri dikuasai
8) Sentiasa dicemuh
9) Dibelenggu kebodohan sendiri
10) Dikelilingi penipu
11) Sering dipaksa
12) Tiada kebebasan membuat keputusan
13) Perasaan teraniaya
14) Emosi diganggu
15) Sering ditindas
16) Tiada gelak tawa
17) Tidak disayangi
18) Didatangi manusia bermuka-muka
19) Menjadi hamba duit
20) Menjadi mangsa....

Thursday, March 18, 2004

Pilihan, terpilih, memilih, tersisih 




Pilihan….manusia memilih untuk dipilih. Yang memilih rasa terpilih, yang tidak rasa tersisih. Usah menyisih kerana mungkin ada yang tersisih namun masih ada yang ingin memilih. Percayalah, kita terpilih untuk memilih walaupun pilihan yang dipilih bukan yang terbaik, namun yang tersisih dari terpilih mungkin yang sepatutnya kita pilih. Adakah aku pilihan untuk insan yang aku pilih atau cuma terpilih kerana tiada pilihan pada yang memilih. Cuma aku harap pilihan ku adalah untuk yang terpilih yang memilih ku kerana aku dianggapnya yang terpilih..

Setiap Waktu Berdetik

Setiap waktu berdetik
Adalah nafasku yang panjang
Membenam seribu rasa kematian
Sebuah perjalanan

Hati yang dulu berlagu
Meratapi mukadimah
Yang baru mengorak selangkah
Melakar selaman naskah

Mampukah aku bertanya
Dalam nyawaku sesaat cuma
Perlukah aku meminta
Kala mata bakal kututup serapatnya
Haruskan aku berjanji
Kira omong kosong hanya diberi

Hidup adalah sekeping layar
Segala cetera telah tertulis
Pemainnya adalah aku
Aku yang musykil
Aku yang terperangkap
Dalam lakonan yang tercipta
Hanya untuk diriku

Sri Wangsa

Wednesday, March 17, 2004

nikmatNYA 




Aku terpana pada
Sejuknya langit yang membiru
Bersihnya ombak yang memutih
Mesranya flora yang menghijau
Yang terpancar tulus di bumi ciptaan ilahi

Jauh disudut hati
Kekaguman itu menyingkap segala
Nikmat yang tercurah tanpa akhirnya
Tangan menadah tanda syukur
Kerna bernafasnya aku disini
Adalah dengan kurniaanNYA

Sampai bilakah nikmat itu kan terus mengalir
Adakah diri ini akan terus terleka akan anugerahNYA
Aku bukan pinta dimanja
Aku cuma berdoa….kiranya hayatku masih ada

oleh :Sri Wangsa

Semalam, aku telah mencurahkan segala padanya...tentang perasaan, tentang kesangsian, tentang kejujuran, tentang sebuah kehidupan. Aku merasa puas dengan segala penjelasan yang kuberikan. Ungkapan sayang terbukti nyata dari mulutnya yang mengiakan lagi keikhlasan yang terbit dari sekeping hati yang kulihat sebegitu sepi. Aku kadangkala cuba menyangkal apa yang hak ada padanya...maafkanku kiranya aku menambah luka, namun segala sesuatu yang perit terpaksa ku telan untuk tidak menghampakan sebuah hati yang mahukan perubahan.

Aku pasti dan yakin, segala sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Pertemuan aku dengannya adalah sesuatu yang pasti dan kehadirannya adalah hadiah terbesar dalam hidupku dan aku begitu menghargainya. Moga sayang ku yang ikhlas padanya adalah suatu perjuangan yang akan terus hidup dan akan kunikmati segala pemberian ilahi sehingga denyut nadiku berhenti. "R" berjanjilah pada dirimu agar aku akan terus hidup dalam dirimu walau apapun terjadi....

Monday, March 15, 2004

Life Must Goes On 

One Last Cry

My shattered dreams and broken heart
Are mending on the shelf
I saw you holding hands
Standing close to someone else
Now I sit all alone
Wishing all my feelings was gone
I gave my best to you
Nothing for me to do
But have one last cry

One last cry
Before I leave it all behind
I gotta put you out of my mind this time
Stop living a lie
I guess I'm down to my last cry

Cry.....

I was here
You were there
Guess we never could agree
While the sun shines on you
I need some love to rain on me
Still I sit all alone
Wishing all my feelings was gone
Gotta get over you
Nothing for me to do
But have one last cry

One last cry
Before I leave it all behind
I goota put you out of my mind
For the very last time
Been living a lie
I guess I'm down, I guess I'm down
I guess I'm down...
I guess I'm down...
To my last cry...

Penghujung Rindu

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu